Monday, 26 March 2012

mimpi ngeri.

Ini adalah peringatan kepada gadis-gadis supaya tidak tidur petang/lepas Maghrib.Atau mungkin juga balasan daripada Ilahi kerana tak tutup mata masa scene omputih kiss dalam movie.

Aku mimpi aku acah Bo Derek dalam cite '10': lari-lari tepi pantai mengharapkan sinar perhatian daripada sang teruna.(sekali diingatkan ini cuma mimpi,saya sebenarnya pemalu.tee-hee.) So as I ran on the beach,a group of good-looking Caucasian dudes halted me.We chatted a little bit in what sounded like an Australian accent or something.And they invited me to go windsurfing with them.Tapi twist dia adalah masa salah seorang daripada diorang suruh aku tunggu kat beach shack dalam 100m daripada tempat aku berdiri.Dengan bodohnya aku menonong je ikut.

Bukan aku je kat sana,banyak lagi orang.Terutamanya perempuan.Dan kat shack tu bukan macam tempat berteduh sangat tapi lebih kepada chalet/kuarters yang memanjang.Aku terlihat ada this young girl tengok aku dengan pandangan yang aneh.Those eyes.Macam nak katakan sesuatu.

Aku buat bodoh dek kerana berangan nak windsurfing dengan mamat hensem.(ini mimpi!) Tapi hati aku rasa tak sedap.Aku nampak ramai perempuan yang menarik tangan pasangan mereka ke bilik-bilik yang disediakan.Dan perempuan muda tadi.Kali ini dia bersama seorang lelaki separuh usianya yang kelihatan bengis.Sambil tangannya ditarik,dia teruskan memandang tepat kearah aku dengan mata yang sayu.

Tempat apa ni?Tiba-tiba,Katy Perry datang duduk sebelah aku.Dia tanya macam-macam,aku tak ingat dia tanya apa sebab aku lebih mindfuck macamana dia boleh cakap Bahasa Melayu.
Tapi ayat terakhirnya buat tangan aku sejuk.
"Tak salah buat kerja ni,sebab dapat satisfaction dan duit.Tapi aku lagi gelap mata dengan duit."

F---!Rupa-rupanya satu pekan kecik tu sebenarnya bordello/rumah pelacuran!Jika ini dimaksudkan dengan windsurfing yakni aku memang don't get it.Apa yang surf dan apa yang wind? O__O
Aku trapped dalam rumah ni.Langkah aku diperhatikan oleh 'penjaga-penjaga' yang diupah untuk memastikan aku atau gadis-gadis lain tidak terlepas.

Aku berjalan sekitar kawasan itu.Aku lihat ada sekujur mayat wanita dengan keadaan kepalanya tertangkup ke dalam pasir.Terdapat luka-luka yang dimamah ulat dan semut api di tubuhnya.Bau hanyir bercampur dengan panas terik matahari dan sejatan garam air laut di udara.Dia telah ditembak.

Aku terus berlari dengan laju kembali ke kuarters itu.I have nowhere else to go.Kemudian pintu bilik dibuka,dan salah seorang 'penjaga' itu menudungkan jari kearah aku sambil mulutnya kumat-kamit menagatakan sesuatu kepada seorang lelaki Negro.Merunding harga barangkali.Aku cuba amati 1) berapa ringgit dia nak jual aku dan 2), NEGRO wei. *if u know what i mean*
Kenapa aku?Katy Perry kan ada?
Namun belum sempat aku sambung lucid dream aku ini ke babak seterusnya.lagu Take On Me A-HA kejutkan aku daripada tidur.Roommate aku balik tapi tak bawa kunci.
Terima kasih roommate.

No comments:

Post a Comment