Monday, 26 March 2012

Your skin,oh yeah,your skin and bones.

Ingat tak di Tioman,kita lari tepi pantai dengan harapan dapat sempurnakan imitasi larian Chris Martin dalam klip video 'Yellow'?Antara masa-masa terindah kita.Hanya peminat tegar sahaja yang faham,kau tak faham tak mengapa.
Masih ingat lagi kita terjun daripada jeti ke infiniti?Kita ditelan lautan biru dan bertemankan gerak hati.I've never felt so free.
Aku rindu dikejutkan daripada tidur dengan bunyi desiran ombak yang memukul pantai.Aku rindukan senyuman manis matahari pagi yang membelai lembut pipi,atau angin yang mengelus helaian rambut aku.Rasa begitu dihargai disana.

1 comment: